Beri kerjasama sepenuhnya kepada ATM dan PDRM

0
153

CYBERJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama sepenuhnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya tidak menimbulkan sebarang permasalahan yang boleh merumitkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu kenyataan berkata, ATM sentiasa bersiap sedia bagi membantu PDRM dalam menguatkuasakan PKP ini.

“Atur gerak ini membolehkan penguatkuasaan PKP dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat mematuhi arahan yang dikeluarkan,” kata Affendi.

“Kerjasama ATM dan PDRM ini juga dilihat sebagai salah satu usaha serius kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Pihak ATM akan mula diatur gerak untuk menbantu menguatkuasakan perintah pergerakan itu, Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here