ANNUAR MUSA
CYBERJAYA – Semua pemimpin Perikatan Nasional (PN) diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih barisan Kabinetnya selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 1 Mac lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, membentuk Kabinet bukan satu perkara mudah kerana banyak perlu dipertimbangkan.
“Beri peluang Perdana Menteri memikir dan buat keputusan mengenainya. Tugas berat menanti jemaah Menteri yang baharu,” ciap beliau dalam akaun Twitter miliknya hari ini.
Annuar menambah, rakyat kini melihat dan menaruh harapan setelah Pakatan Harapan (PH) gagal berikutan peletakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana menteri sekali gus barisan Kabinetnya terbubar pada 24 Februari lalu berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan parrti itu. – MT