BERT agih 600 bungkusan bekalan makanan di Lembah Klang, Tanjung Malim

0
115

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sejumlah 600 bungkusan bekalan makanan berjaya diagihkan oleh Kumpulan Sukarelawan Powil (4×4) dalam misi bantuan Zero Hunger kepada golongan B40 hari ini.

Pengarah Operasi Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT), Mohd Fuad Rahim berkata, kesemua bungkusan makanan itu diagihkan kepada golongan memerlukan daripada Kumpulan B40 di kawasan sekitar Lembah Klang.

“Seramai 33 sukarelawan turun padang mengagihkan bantuan di bantu 10 pemilik kenderaan 4×4 dan warga kerja Malakat Mall dan anggota BERT menyerahkan 400 sumbangan tersebut kepada keluarga di Puchong, Shah Alam dan Damansara.

“Manakala 200 bungkusan lagi dihantar kepada 200 keluarga di Tanjung Malim,” katanya.

Pada masa sama, Mohd. Fuad berkata, sumbangan orang ramai masih lagi diperlukan kerana masih ramai yang terputus bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program Zero Hunger sebelum ini dilancarkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch manakala BERT sebagai pasukan pelaksana.

Berdasarkan pangkalan data yang direkodkan, sejumlah 28, 000 keluarga di seluruh Semenanjung memerlukan bantuan.

“Sementara bantuan yang diumumkan kerajaan tiba pada April nanti, kita perlu tolong antara satu sama lain, “katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua sukarelawan terlibat yang menjayakan agihan tersebut.

Sumbangan bagi projek Zero Hunger boleh dibuat menerusi platform www.sadaqahmarket.com.

Selain itu, orang ramai juga dipelawa menyertai Sukarelawan BERT bagi membolehkan sumbangan projek Zero Hunger diperluaskan di kawasan lain. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here