BNM benarkan tangguh bayaran pinjaman 6 bulan

0
885

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji serta sewa beli, untuk tempoh enam bulan.

Memetik portal Berita Harian, ia langkah tambahan BNM mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan berikutan penularan Covid-19.

Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yang dilihat oleh portal berita itu hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu,” kata bank Pusat itu.

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata, pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here