Boleh keluar akaun dua KWSP

0
149

CYBERJAYA- Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 55 tahun ke bawah boleh mengeluarkan wang simpanan dalam akaun dua bermula 1 April depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran RM40 bilion.

“Inisiatif ini bagi memudahkan ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah membuat pengeluaran akaun dua, dengan pengeluaran maksimum RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

“Saya berharap, inisiatif yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini akan membolehkan para pekerja mempunyai wang lebih dalam poket masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut menasihatkan agar wang berkenaan digunakan sebaik mungkin untuk membeli barang-barang yang difikirkan perlu sahaja dalam waktu sukar ini.

“Pastikan setiap hari ada makanan atas meja untuk ahli keluarga masing-masing. Wang ini juga boleh digunakan untuk menampung bayaran bil elektrik dan air atau keperluan lain,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here