[VIDEO] Bos Malakat Mall jaga kaunter lancarkan jualan

0
1247

RAUDHAH CITY – Sambutan luar biasa pengunjung yang datang ke Malakat Mall hari ini membuatkan warga petugas pusat beli belah itu tidak menang tangan.

Walaupun operasi bermula pukul 10 pagi namun ada sebahagian pengunjung tiba lebih awal membeli belah terutama di pasar raya Raudhah Grocer yang menempatkan pelbagai produk keluaran usahawan Muslim.

Kehadiran mereka terutama di Raudhah Grocer membuatkan kakitangan sibuk melayani pelanggan malah menambah stok barangan yang habis dijual.

Kepayahan dialami kakitangan itu dirasai dua orang besar Malakat Mall apabila turun padang bagi melicinkan urusan pembelian pelanggan di bahagian kaunter.

Satu video berdurasi 47 saat menunjukkan Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Brainy Bunch, Hailmy Rizuan membantu  kakitangan Raudhah Grocer di bahagian kaunter.

Keadaan itu jarang dilihat oleh individu berjawatan tinggi untuk turun ke bawah bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Walaupun menghadapi masalah, para petugas Raudhah Grocer lebih bersemangat apabila dua bos besar itu  turut membantu bagi melicinkan kerja.

Selain itu, Mohd. Fadzil dan Hailmy turut meminta maaf kepada para pelanggan atas kesulitan yang dihadapi mereka.

Sebelum ini, tular dalam laman sosial Facebook mengenai kedua-dua insan ini dengan mengelap lantai di ruang legar pusat beli belah itu.

Tindakan tersebut mendapat maklum balas positif dalam kalangan warga maya yang menganggap jarang berlaku  individu berjawatan tinggi melakukan kerja-kerja sebegitu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here