Bos Malakat Mall turun padang lap lantai

0
1308

RAUDHAH CITY – Menjelang pembukaan Malakat Mall di CDB3, Cyberjaya di sini warga kerja pusat beli belah itu bertungkus lumus melakukan persiapan akhir sebelum prapelancaran esok.

Sebuah video tular dalam media sosial Facebook mengenai dua orang besar Malakat Mall turut sama membantu warga kerjanya menyiapkan kerja-kerja akhir sehingga menarik perhatian warga maya.

Dalam video berdurasi 28 saat itu kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim membersihkan lantai sebuah kedal dalam pusat beli belah itu yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana individu berpangkat tinggi di negara ini.

Selain Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, turut sama adalah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Brainy Bunch, Hailmy Rizuan yang turut mengelap lantai di bahagian ruang legar pusat beli belah itu.

Menurut hantaran seorang pemilik akaun Facebook dikenali Suraya Ali, tindakan Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch membuatkan ramai kakitangan sayang padanya.

“Macam manalah staff tak sayang dia, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), COO (Ketua Pegawai Operasi) tanpa segan silu buat kerja sama-sama.

“Memberi inspirasi dan pengalaman sebenar menyaksikan sendiri seorang yang merendah diri. Lap lantai, cuci lantai,” katanya dalam hantaran akaun Facebook miliknya hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here