‘Bossku’ mahu 10 aspek pembangunan jadi keutamaan

0
115

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap menteri Kabinet baharu yang diumumkan hari ini memberi tumpuan kepada 10 aspek pembangunan negara.

Melalui hantaran akaun Facebook rasmi miliknya, Najib berkata, 10 perkata itu adalah pekerjaan, pendapatan, kewangan kerajaan, bantuan rakyat, mata wang ringgit, perdagangan, hubungan luar, pendidikan, orang luar bandar dan pembangunan.

Justeru beliau berpendapat barisan pemimpin akan dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengatasi segala cabaran.

“Kita tiada masa untuk berlengah lagi.

“Malaysia telah ‘terhenti’ selama beberapa minggu setelah peletakan jawatan PM ke-7.

“Ditambah krisis ekonomi yang mempunyai impak besar terhadap rakyat kini,” katanya.

Najib pada masa sama mengucapkan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik.

“Pemimpin kita semua berhadapan dengan cabaran besar.

“Semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengatasi segala cabaran ini. Insya-Allah,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here