Bossku nasihat jangan lakukan pembelian panik

0
111

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ketinggalan berkongsi nasihat kepada rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik.

Dalam perkongsian di Facebook miliknya, beliau memaklumkan pasaraya Mydin, hypermarket, 7 Eleven dan 99 Speedmart masih dibuka sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Menurutnya, perkhidmatan Grab (termasuk GrabFood), dahmakan dan pengangkutan awam masih wujud malah stesen petrol masih dibuka.

“Tidak ada sebarang larangan jika pengguna hendak membeli barang-barang keperluan pada bila-bila masa sepanjang tempoh dua minggu ini.

“Hypermarket dan pasaraya serta pembekal-pembekal mereka sudah pun memberi jaminan yang barangan keperluan mencukupi,” kongsinya.

Najib yang terkenal dengan panggilan bossku berkata, jangan mulakan pembelian panik.

Katanya, ramai orang akan berebut-rebut untuk bersesak di ‘supermarket’ pada masa yang sama, lebih tinggi risiko pengguna terdedah kepada wabak.

“Tenang, guys,” kongsinya lagi. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here