Brainy Bunch raikan srikandi dan pendekar

0
853

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,800 kakitangan dan anak syarikat Kumpulan Brainy Bunch diraikan dalam Majlis Makan Malam di Hotel Marriot di sini.

Bertemakan ‘Kebangkitan Bangsa Melayu’, majlis berkenaan berlangsung meriah dengan tetamu hadir segak mengenakan busana srikandi dan pendekar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, majlis itu diadakan bagi meraikan srikandi dan pendekar Brainy Bunch.

Katanya, Brainy Bunch meraih pencapaian luar biasa dalam masa 10 penubuhannya dan kejayaan itu tidak hadir dengan mudah tanpa bantuan kakitangan.

“Dalam masa 10 tahun penubuhan, kita capai satu pencapaian luar biasa. Perjuangan ini sebenarnya didokong oleh srikandi dan pendekar kita yang sangat hebat.

“Tiada siapa yang boleh cabar pengorbanan guru-guru kita. Tetapi perjuangan kita bukan sekadar sediakan pendidikan yang baik sahaja kerana kita ada perancangan lain.

“Hasrat kita mahu melihat anak-anak Brainy Bunch jadi anak-anak soleh dan solehah dan amalkan sistem islamik sepenuhnya. Kita akan terus berkembang selepas ini.

“Saya bagi pihak Brainy Bunch mengucapkan jutaan terima kasih segala pengorbanan yang telah diberikan,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Dalam masa sama, Mohd. Fadzil juga berharap projek utama lain seperti Malakat Mall dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mencapai sasaran ditetapkan.

“Pastinya kita berharap projek utama lain seperti Malakat Mall berjaya termasuk wadah baharu KoPPIM berjaya capai sasaran sejuta ahli dalam masa enam bulan,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here