Bunch-Oh laku ‘keras’

0
915

RAUDHAH CITY- Pelanggan tidak putus dan silih berganti memasuki restoran Bunch-Oh, yang keluar dari restoran itu tersenyum, mungkin puas dengan hidangan serta layanan yang diterima.

Pengarah Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, operasi di Bunch-Oh mula sibuk pada pukul 7 pagi apabila orang ramai datang untuk bersarapan sehingga pukul 11 pagi.

“Untuk sarapan pagi, paling laku set roti canai terbang dengan teh tarik berharga RM3. Selain itu, kita juga ada set sarapan lain seperti roti bakar, nasi lemak dan lain-lain,” katanya.

Menurut Aziz, untuk makan tengah hari yang bermula pada pukul 11 pagi, ‘trafik’ mula sesak dengan pelanggan mula memenuhi meja makan sehingga ‘waiting list’ sebanyak tiga kali.

“Hari ini ‘over flow’. Pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk makan, meja penuh dan kita terpaksa aturkan meja untuk penuhkan ruang. Setiap masa penuh, ini luar jangka.

“Untuk makan tengah hari, paling mendapat tumpuan ialah ‘fish & chip’, mee kari, pasta, ‘chicken chop’ dan juga salad. Kita juga terpaksa tambah stok barangan sampai empat kali hari ini.

“Penat lelah semua staf Bunch-Oh berbaloi dengan sambutan diterima. Terima kasih kepada semua pelanggan, maklum balas pelanggan juga amat baik hari ini,” katanya.

Selain itu katanya, sambutan pelanggan di kiosk-kiosk dalam Bunch-Oh juga amat baik sehingga tidak berhenti permintaan pelanggan sejak dibuka pukul 10 pagi dan ada kehabisan stok.

Mengulas persediaan untuk operasi esok, Aziz berkata, beliau telah mengarahkan agar stok esok digandakan lima kali berbanding hari ini bagi mengelak kehabisan bahan masakan.

“Hari ini dianggarkan kami menerima lebih 1,000 pelanggan dan pendapatan untuk hari pertama juga telah melepasi sasaran yang dijangka. Terima kasih atas sokongan pelanggans semua.

Barista Bunch-Oh

“Untuk operasi esok, kita akan berikan terbaik. Kelemahan-kelemahan yang ada akan diperbaiki demi kepuasan pelanggan. Kepada yang belum cuba, datanglah ke Bunch-Oh,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here