Cadangan dan bantuan SME Corp untuk produk muslim

0
171

CYBERJAYA- Beberapa cadangan termasuk bantuan kepada produk-produk Muslim dan Bumiputera akan diusulkan kepada pihak SME Corporation Malaysia (SME Corp) dalam masa terdekat.

Ketua Prasana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, cadangan itu akan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp.

“Alhamdulillah, pertemua pertama bersama pihak SME CORP. Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Izham kerana sudi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa BMF Malaysia.

“Beberapa cadangan untuk bersama akan diusulkan sekali lagi kepada CEO SME CORP dalam masa terdekat,” katanya dalam laman sosial facebook miliknya semalam.

Mohd. Nor Izzat juga meminta kepada semua produk-produk Muslim dan Bumiputera agar teruskan bersabar kerana pihaknya akan cuba membantu mengikut peluang-peluang yang ada bersama SME CORP.

“Kita cakap, kita buat,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here