Caruman KWSP tujuh peratus bermula April

0
217

Oleh : SITI AZIELAH WAHI

KUALA LUMPUR- Berkuat kuasa April ini hingga Januari 2020, kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkurangan daripada 11 peratus kepada tujuh peratus di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Perkara itu dinyatakan KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman rasmi mereka semalam.

Menurut KWSP, pengurangan itu tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 dan kadar caruman berkanun syer baharu terpakai untuk pekerja bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

“Kadar caruman berkanun untuk pekerja 60 tahun dan ke atas kekal,” menurut kenyataaan itu.

Bagaimanapun menurut KWSP, ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020) yang perlu dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuat kuasa mulai bulan berikutnya.

Borang itu boleh dimuat turut melalui laman sesawang www.kwsp.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengurangan kadar caruman daripada 11 peratus kepada tujuh peratus sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi kerajaan yang diumumkan pada 27 Februari lalu bertujuan mengurangkan kesan kegawatan ekonomi susulan Covid-19.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here