Covid 19: 125 kes positif dijangkiti hari ini 

0
56

CYBERJAYA – Sebanyak 125 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia adalah 553 kes setakat 12 tengah hari tadi.

“95 kes baharu yang disahkan itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, termasuk tiga yang menerima rawatan di ICU.

“Paling tinggi kes dilaporkan adalah dari Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, negara ketika ini berdepan pertambahan kes Covid-19 yang ketara dan mengambil kira perkara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memasuki pembendungan akhir jangkitan.

“KKM sedang melaksanakan aktiviti mitigasi. Antara langkah diambil adalah menjadikan Hospital Sungai Buloh (HSB) sebagai hospital khusus kes Covid-19 berdasarkan kelengkapan makmal dan kepakaran,” katanya.

Ditanya mengenai keperluan perintah berkurung diadakan berikutan peningkatan kes yang serius, Dr. Adham berkata, pihaknya kini sudah berada di tahap mitigasi.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting malam ini mengenai sebarang kemungkinan sama ada perintah berkurung di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here