Covid-19: 130 kes baharu, 26 di ICU, 12 kes pulih

0
155

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – “Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan akhbar terbaharu Kementerian Kesihatan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, penambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes.

“Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” katanya.

Dalam pada itu sehingga kini, menurutnya, seramai 26 kes positif Covid -19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes,” katanya.

Pada masa sama berkata, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac ini melibatkan larangan menyeluruh pergerakan bagi membendung penularan wabak jangkitan pandemik itu.

“Selama tempoh penguatkuasaan itu, orang ramai diminta untuk berada di rumah.

“Walaupun tinggal di dalam rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal,” katanya.

Beliau turut memberi beberapa panduan senaman yang boleh dilakukan di rumah.

“Ia termasuk senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

“Selain itu juga boleh dilakukan senaman yang menggunakan berat badan sendiri, seperti push-ups, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi,” ujarnya.

“Beliau berkata, rakyat Malaysia juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai bentuk tarian dan mengambil peluang melakukan ‘spring cleaning’ di dalam rumah.

“Kajian menunjukkan bahawa senaman dan aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mental dengan meningkatkan mood dan melegakan kebimbangan dan keresahan, “katanya.

Menurutnya, aktiviti itu membantu mengasah minda, meningkatkan kekuatan otot dan kekuatan aerobik.

Sementara itu berkata, sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual ‘health advisory’ dan mengikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada pukul 9.00 pagi melalui pautan berikut http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here