Covid-19: 172 kes baharu, 4 kes kematian, jumlah 1,796 kes

0
65

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA- Kementerian Kesihatan(KKM) memberitahu terdapat sebanyak 172 kes baharu positif wabak Covid-19 di negara ini.

Jumlah tersebut menjadikan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 1,796 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap kes baharu itu, 71 daripadanya dijangkiti daripada kluster himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dan bakinya masih disiasat.

“Seramai 45 kes sedang dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam siaran langsung KKM sebentar tadi.

Beliau berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak Covid-19 berjumlah 19.

“Kes kematian ke-16 merupakan kes ke-1,334, lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan dia mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes kematian ke-17 merupakan kes ke-1,251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan dia mempunyai latar belakang penyakit kronik serta disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19.

“Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1,625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan dia mempunyai latar belakang penyakit kronik manakala kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1,246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here