Covid-19: 18 kes baharu, keseluruhan 117 kes

0
106

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan mengumumkan, Malaysia mencatatkan 18 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 117 kes sehingga hari ini.

Daripada 18 kes baharu itu, 17 kes adalah berkemungkinan daripada jangkitan tempatan manakala satu lagi kes dari luar Negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes yang diimport itu dirujuk sebagai Pesakit 101 iaitu seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

Menurut Dr. Noor Hisham, pesakit ke 101 telah ke Iran pada 20 Februari dan kembali ke negara ini bersama rakan perniagaannya pada 27 Februari lalu.

“Dia mula menunjukkan gejala pada 5 Mac dan positif ujian Covid-19 pada 8 Mac.

“Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 117 kes yang direkodkan, 22 adalah daripada gelombang jangkitan pertama dari 25 Januari hingga 16 Februari. Semua yang dijangkiti semasa gelombang pertama telah pulih sepenuhnya.

Baki 95 kes lagi dikesan semasa gelombang kedua jangkitan yang bermula pada 28 Februari lalu.

Hanya enam daripada 95 kes di bawah gelombang kedua yang mungkin menjadi kes diimpot kes manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here