Covid-19: 20 kes baharu dikesan hari ini

0
110

CYBERJAYA – Malaysia mencatatkan 20 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak penyakit itu di Malaysia sebanyak 149 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu kontak-kontak rapat bagi kes itu sedang dikenal pasti dan mencari punca di mana jangkitan itu terjadi.

“Daripada jumlah jangkitan ini, sebanyak 22 kes dikesan di kalangan patient under investigation (PUI) jangkitan Covid-19;
124 kes daripada kalangan kontak rapat;
satu kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan Covkd-19; dan dua lagi kes daripada misi bantuan kemanusiaan.

“Sehingga ini dua kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kedua-dua kes yang berada di ICU masing-masing sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga telah menjalankan survelan Covid-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif Covid-19.

Beliau berkata, sehingga 9 Mac lalu sebanyak 600 sampel telah diuji dan setakat ini satu sampel dikesan positif jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, siasatan masih sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kes sporadik itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here