Covid-19: 250 maut dalam tempoh 24 jam di Itali

0
219

ROM- Jumlah kematian di Itali akibat Covid-19 bertambah 250 orang dalam tempoh 24 jam, rekod tertinggi berbanding mana-mana negara setakat ini.

Ketua Agensi Perlindungan Awam Itali berkata, peningkatan 25 peratus sehari itu menjadikan jumlah kematian dicatatkan negara berkenaan mencecah 1,266 orang.

Sementar itu, menurut laporan yang dikeluarkan Resuters, kes jangkitan wabak meningkat kepada 17,660 kes berbanding 15,113 kes pada hari sebelumnya.

Kerajaan Itali minggu ini melaksanakan langkah drastik menutup bar, restoran dan kebanyakan kedai, selain menyekat perjalanan yang tidak penting dalam usaha menangani penularan wabak.

Wilayah Lombardy yang paling teruk terjejas juga menyaksikan penutupan sepenuhnya kilang dan pejabat.

Di Filipina pula, Jabatan Kesihatannya mengesahkan satu kematian akibat Covid-19 menjadikan enam kematian sehingga hari ini.

Pesakit itu dilapor dirawat di hospital kerajaan di selatan negara berkenaan dan meninggal dunia lewat malam semalam akibat komplikasi radang paru-paru dan buah pinggang.

Semalam, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan darurat kesihatan kepada tahap paling tinggi selepas merekodkan 64 kes jangkitan koronavirus.

Sementara itu, Korea Selatan merekodkan 107 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 110 kes semalam.

Sebanyak 62 kes daripada 107 terbaharu itu datang dari bandar selatan Daegu, tempat bermulanya penularan wabak di negara itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan mengesahkan, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan wabak setakat ini adalah 8,086 kes.

Sejumlah 204 pesakit yang dikuarantin pula sudah dibenarkan keluar hospital.
Statistik terkini Korea Selatan yang menunjukkan penurunan kes baharu memberikan harapan wabak semakin perlahan di negara ekonomi keempat terbesar di Asia itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here