
KUALA LUMPUR – Jumlah terkini kes Covid-19 yang dikesan di negara ini sehingga kini adalah seramai 29 kes.
Kementerian Kesihatan melalui laman Facebook rasminya memaklumkan daripada jumlah tersebut, seramai 22 mangsa telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang manakala tujuh lagi masih dirawat di wad.
“Tiga sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala empat lagi di Hospital Sungai Buloh,” menurut kenyataan itu.
Kes terbaharu iaitu kes ke 28 melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang merupakan rakan kerja mangsa ke-25 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.
Manakala kes ke-29 adalah wanita berusia 35 tahun yang dikesan sebagai kontak rapat kes- 24. – MT