COVID-19: 3 daerah Pahang dihentikan penjualan makanan dibawa pulang

0
764

CYBERJAYA – Tiga daerah di Pahang dihentikan penjualan makanan secara bawa pulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri itu.

Ketua Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, daerah yang terlibat dalam arahan itu ialah Jerantut, Pekan dan Raub berkuatkuasa mulai 31 Mac sehingga tempoh PKP ditarik balik.

Menurut beliau, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Pekan dan Majlis Daerah Raub telah dikehendaki memperketatkan operasi premis-premis yang menjual makanan termasuk restoran makanan segera.

“Kesemua penjualan makanan secara bawa pulang di premis yang dinyatakan tadi hendaklah dihentikan. 

“Hanya perkhidmatan secara penghantaran sahaja dibenarkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan terbabit hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan itu dipatuhi.  – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here