Covid-19: 4 lagi kematian, 212 kes baharu hari ini

0
122

Oleh NURUL FIRDAUS KHAITI

CYBERJAYA – Malaysia mencatatkan pertambahan empat lagi kes kematian menjadikan keseluruhan sebanyak 14 kes manakala 212 kes baharu dilaporkan hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, ini menjadikan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,518 kes.

“Berdasarkan siasatan awal daripada jumlah 212 kes yang dilaporkan hari ini 123 kes betkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamik di Sri Petaling,” katanya.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here