Covid-19: 4,000 jemaah tabligh belum jalani saringan

0
129

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki seramai 4,000 peserta ijtimak tabligh di Masjlid Seri Petaling, dekat sini, dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak semua peserta program berkenaan tampil membuat saringan Covid-19 di fasiliti kerajaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peserta ijtimak itu yang belum dapat dikesan segera tampil membuat saringan Covid-19.

“Saya faham, ada kebimbangan terhadap kumpulan tabligh yang masih lagi tidak dikesan iaitu seramai 4,000 lagi. Polis membuat keputusan, mereka sendiri akan kesan (peserta ijtimak).

“Mereka yang masih belum tampil buat saringan (Covid-19) dan sebagainya, saya minta kumpulan tabligh itu supaya datang ke pusat kesihatan tanpa perlu dicari,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here