Covid-19: 50% gaji Exco Terengganu dipotong dua bulan

0
84


CYBERJAYA – Sebanyak 50 peratus gaji  Exco Kerajaan Terengganu dipotong dua bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu yang dilancarkan hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu diambil yang menyedari tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan memberi impak lebih besar keapda sosio-ekonomi rakyat negeri itu.

Menurut beliau, pelancaran tabung tersebut bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu golongan terjejas akibat wabak di negeri tersebut.

“Sebagai sumbangan permulaan, saya bersama dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco)  akan membuat pemotongan 50 peratus daripada dua bulan gaji untuk dimasukkan dalam tabung berkenaan. 

“Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook milik beliau hari ini.

Ahmad Samsuri menambah, setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 13017010034566 atas nama Tetuan Akauntan Negeri Terengganu. 

Beliau menambah,  sebarang persoalan boleh hubungi Sekretariat Tabung Darul Iman di talian 09-6233535 atau layari http://stdi.terengganu.gov.my.

“Semoga dengan sedekah dan sumbangan daripada penderma yang ikhlas akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here