Covid-19: 5,084 orang kluster tabligh perlu tampil buat pemeriksaan

0
182

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,084 orang daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling belum menjalani ujian saringan wabak Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan merangkumi peserta perhimpunan, ahli keluarga dan juga kontak rapat.

“Kami perlu mencari 5,084 individu ini yang belum jalani ujian Covid-19 daripada kluster berkenaan. Kami harap dapat jalankan ujian saringan terhadap mereka.

“Pihak kementerian bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya polis untuk menjejaki individu yang berkait dengan kluster ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, 5,084 individu ini membuat ujian saringan hanya bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai simptom terhadap Covid-19.

Namun, kali ini mereka dipanggil semula untuk melakukan ujian bagi memastikan mereka betul-betul bebas daripada penyakit berkenaan.

Menurut Noor Hisham, kementerian sebelum ini membuat ujian saringan terhadap 17,584 individu termasuk peserta tabligh dan kontak rapat mereka.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,500 diuji untuk mengetahui sama ada mereka dijangkiti Covid-19 atau tidak.

“Berdasarkan sampel ujian, seramai 1,207 didapati positif manakala 6,648 lagi didapati negatif. Manakala, 4,645 individu lagi sedang menunggu keputusan ujian,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here