Covid-19 : Amazon tawar langganan percuma

0
82

CYBERJAYA – Stor jualan dalam talian terbesar di dunia, Amazon.com mengumumkan langganan percuma untuk buku dan cerita audio untuk kanak-kanak dan pelajar semua peringkat umur sebagai usaha menggalakkan pembelajaran di rumah.

Pemansuhan yuran langganan ekoran penularan wabak Covid-19 itu membolehkan pembaca di seluruh dunia mempunyai akses selama 24 jam sehari kepada jutaan bahan bacaan dan bantu pembelajaran.

“Kanak-kanak di mana-mana sahaja mereka berada kini boleh melayari koleksi cerita menakjubkan termasuk judul-judul yang diterjemahkan ke dalam enam bahasa utama dunia.

“Usaha ini diharap dapat membantu mereka untuk terus belajar, mengapai cita-cita dan menikmati kehidupan seharian sebagai kanak-kanak,” kata Amazon dalam kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

Cerita-cerita kegemaran kanak-kanak boleh diperolehi dengan melayari pautan https://stories.audible.com/start-listen

Amazon.com Inc. yang diasaskan oleh Jeff Bezos di Seattle, Amerika Syarikat pada 1994 melancarkan pasaran atas talian secara besar-besaran setahun berikutnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here