Covid-19: Angka kumulatif kematian di Itali hampir 1/3 angka kematian seluruh dunia

0
182

CYBERJAYA – Angka kematian akibat Covid-19 di Itali terus meningkat apabila seramai 812 lagi pesakit dilaporkan maut.

Namun, menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan Agensi Perlindungan Awam (CPC), jumlah kes positif dilaporkan menurun buat pertama kali sejak 17 Mac, apabila 4,050 kes dikesan dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, jumlah kumulatif kematian di negara tersebut mencecah 11,591 orang, manakala jumlah kumulatif kes positif pula sebanyak 101,739 kes.

Angka kumulatif kematian akibat Covid-19 di Itali merupakan yang tertinggi di dunia, dan menghampiri 1/3 daripada jumlah kematian di seluruh negara yang dilanda wabak ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here