Covid-19: Angka penghidap hampiri 6,000 di Korea Selatan

0
60

CYBERJAYA – Jumlah penghidap Covid-19 di Korea Selatan kini mencecah 5,766 orang, apabila sebanyak 145 kes baharu disahkan, hari ini.

Memetik laporan portal The Guardian, angka ini merupakan angka terbesar penghidap di luar China, di mana wabak itu dilaporkan bermula.

Angka kematian, sementara itu, kekal sebanyak 35 kematian.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan, hampir 90 peratus kes nasional dikesan di selatan bandar Daegu dan wilayah Utara Gyeongsang.

Setakat ini, 36 buah negara telah mengeluarkan arahan melarang kemasukan individu yang pernah ke Korea Selatan, kata kementerian luar negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here