Covid-19: Bazar Ramadan di Kelantan mungkin tiada

0
80

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan memberi bayangan bahawa kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri ini tahun ini.

Memetik agensi berita Bernama, Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata,  bagaimanapun kerajaan negeri belum memutuskan secara muktamad perkara itu dan akan menelitinya berdasarkan keadaan semasa penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Kerajaan negeri belum memuktamadkan perkara itu namun buat masa ini, kita berpendapat tiada bazar Ramadan akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan melakukan operasi pembersihan di pasar-pasar basah di bandar Kota Bharu bermula esok selari dengan saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Setakat ini, kita masih menggunakan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan pembersihan itu namun jika ada keperluan mendesak, kita akan guna khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pula,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here