Covid-19: Brunei catat kematian pertama

0
144
Para petugas sedang melakukan tugas disinfeksi di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit di Bandar Seri Begawan, Brunei.

CYBERJAYA – Brunei melaporkan kes kematian pertama akibat Covid-19, hari ini.

Menurut portal The Guardian, mangsa yang berumur 64 tahun itu mempunyai rekod perjalanan ke Malaysia dan Kemboja.

Setakat ini, negara tersebut mempunyai sebanyak 115 kes positif, dengan beberapa kes dikaitkan dengan satu perhimpunan tabligh yang dihadiri oleh 16,000 jemaah.

Pihak berkuasa bagaimanapun, menafikan mangsa maut ini menghadiri perhimpunan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here