Covid-19: Catat satu lagi kematian

0
77
NOOR HISHAM ABDULLAH

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Satu kematian kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian wabak itu setakat ini sebanyak tiga kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-152 itu merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Beliau menambah, beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah pada 9 Mac lalu dengan mengalami ‘Severe Acute Respiratory Infection.’

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia hari ini pukul 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham,” katanya dalam hantaran akaun Facebook miliknya hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here