Covid-19: China hantar 35,000 penutup hidung, 1,120 pakaian perlindungan

0
192
Tangkap layar daripada Facebook Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

CYBERJAYA – Sebanyak 35,000 penutup hidung dan mulut jenis KN95 dan 1,120 pakaian perlindungan akan diterima oleh Malaysia dari China dalam masa terdekat ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, peralatan tersebut merupakan sumbangan daripada Fundraising Team of Chinese Volunteers in aid of Malaysia.

Minggu lalu, Hishammuddin mengumumkan bahawa China akan menyalurkan bantuan sokongan kepada Malaysia menerusi pemberian tambahan 100,000 topeng muka kepada petugas kesihatan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19, di negara ini

Peralatan berupa topeng muka dan pakaian perlindungan sumbangan sukarelawan China

“Terima kasih juga kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou yang diketuai Beh Ching Chye yang bertungkus-lumus memastikan peralatan ini dihantar segera ke Malaysia dengan bantuan AirAsia yang menerbangkannya secara percuma,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebaik peralatan itu tiba di Malaysia nanti, semua barangan ini akan dihantar kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Beliau juga berharap dengan sumbangan tersebut dapat membantu usaha kita memerangi wabak Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here