Covid-19: Contohi Cristiano Ronaldo

0
156

CYBERJAYA – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan sifat pemurah terhadap pihak memerlukan sekali lagi menampilkan sifat keprihatinannya dengan menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan sebagai pusat rawatan wabak Covid-19.

Menurut laporan portal Time24.News, Ronaldo yang kini menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira telah menutup hotel miliknya sementara waktu.

Menurut laporan sama, petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo.

Disebabkan itu, kerajaan Portugal yang teruja dengan kebaikan Ronaldo menggesa selebriti lain turut menjejak langkah ikon bola sepak negara itu. MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here