Covid-19: ‘Cukuplah beri nasihat 3 hari, hari keempat boleh angkut’

0
334
Seorang anggota polis meminta orang ramai pulang ke rumah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri pada Isnin lalu. – Gambar MEDIA SOSIAL

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA -Warga maya dalam semua platform media sosial bukan hanya memuat naik status mengenai Covid-19 dalam akaun peribadi mereka malah turut meninggalkan komen, pandangan serta kritikan dalam Facebook milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan tinjauan MBNes menerusi ruangan komen akaun Facebook Perdana Menteri itu, rata-rata mereka tertarik dengan status ‘amalkan penjarakkan sosial setiap masa.’

Pelbagai pandangan dikongsi kepada pemimpin nombor satu negara itu sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19.

Seorang warga maya dikenali Sofrie Anuar berkata, cukuplah tempoh tiga hari pertama permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi nasihat kepada rakyat.

Katanya, hari keempat kerajaan perlu tegas mengenakan tindakan tegas terharap mereka yang ingkar dengan arahan itu.

“Cukupkah tempoh tiga hari bagi nasihat kepada rakyat. Hari yang keempat jangan bagi nasihat lagi dah, angkut terus supaya tiada lagi yang berani memperlekeh arahan kerajaan,” kongsinya.

Seorang lagi warga maya, Niza Nor berkongsi cadangan supaya menghentikan semua pergerakan pengangkutan awam.

Dia berharap Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan tentang cadangan itu.

Bagi warga maya Ady North pula, seharusnya kerajaan menguatkuasakan arahan itu di kawasan kampung.

Katanya, ramai penduduk luar bandar tidak mendapat pelbagai bekalan stok keperluan asas.

“Sepatutnya kerajaan kita buat macam ini terutama di kawasan kampung.

“Ramai lagi orang luar bandar tak dapat stok, semua habis termasuk bekalan di farmasi. Kalau ada pun yang dijual dalam laman Facebook, tak mampu golongan B40 beli, Yahudi punya harga,” katanya.

Muhyiddin Yassin berkongsi infografik mengenao Penjarakkan Sosial dalam akaun Facebook rasminya.

Norahila Eila dalam ruangan komen akaun Perdana Menteri itu meminta pemimpin negara membantu golongan B40.

Menurutnya, pelbagai keperluan makanan dan barang-barang kering diperlukan.

“Bantu kami B40. Keperluan kami untuk Perintah Kawalan Pergerakan.

“Banyak keperluan makanan, barang-barang kering diperlukan.. Mohon pertimbangkan bantuan,” katanya.

Bagi Haini Mohaini, dia mencadangkan mencadangkan supaya penjarakan mereka yang melengah-lengahkan kawalan cegah Covid-19.

“Penjarakan orang yang lengahkan cegah wabak Covid -19 sebelum ini,” kongsinya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here