Covid-19: Dua kumpulan umur paling tinggi risiko jangkitan

0
209
Dua kumpulan umur paling tinggi risiko jangkitan. Foto hiasan.

Oleh: SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat dua kumpulan umur yang paling tinggi kes jangkitan positif Covid-19 di negara ini berbanding kumpulan umur yang lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan pertama adalah mereka yang berumur 56 hingga 60 iaitu paling ramai dijangkiti Covid-19 dengan 182 kes.

Menurutnya, antara faktor golongan tersebut dijangkiti virus adalah disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Mungkin mereka adalah ketua rumah yang sering keluar (untuk urusan keluarga),” katanya selepas sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, golongan yang berusia 26 hingga 30 tahun merupakan yang kedua tertinggi dijangkiti virus berkenaan.

“Sebanyak 180 kes positif dikesan melibatkan golongan ini,” katanya.

Beliau berkata, punca golongan muda itu mudah dijangkiti Covid-19 berkemungkinan kerana sering keluar dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, beliau melihat trend jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari terus meningkat dan kadangkala mendaftar.

“Manakala jumlah kes harian yang discaj dari wad meningkat saban hari. Data ini menunjukkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini.

“Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan. Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi PKP,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here