Covid-19: Elakkan menghadiri perhimpunan

0
141
NOOR HISHAM ABDULLAH

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan menggesa supaya semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, mereka dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

“Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Angka pesakit yang positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat apabila semalam sahaja sebanyak 190 kes baharu positif wabak itu dilaporkan.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga menasihatkan orang ramai tidak melancong keluar negara terutamanya negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan Covid-19.

Pada masa sama, katanya, rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat setiap hari

Selain itu, beliau turut menggesa supaya orang ramai mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan jaga kebersihan diri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here