Covid-19: Exco Kewangan Hesse di Jerman dipercayai bunuh diri

0
159
Exco Kewangan Hesse di Jerman, Thomas Schaefer, 54, dipercayai bunuh diri.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

FRANKFURT AM MAIN – Exco Kewangan Wilayah Hesse, Jerman, dipercayai membunuh diri selepas dilihat ‘terlalu bimbang’ akan krisis ekonomi susulan penularan wabak Covid-19, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, hari ini.

Memetik laporan agensi berita AFP, Thomas Schaefer, 54, ditemukan mati berdekatan sebuah landasan kereta api, semalam, dan pejabat pendakwa raya Wiesbaden percaya bahawa beliau membunuh diri.

“Kami terkejut, berasa tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih,” kata Bouffier dalam satu rakaman kenyataan.

Hesse terletak di Frankfurt yang juga ibu kota Jerman, di mana ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.

Bouffier memaklumkan, Schaefer yang merupakan Exco Kewangan Wilayah Hesse sejak 10 tahun lalu, bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja menghadapi impak ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Hari ini, kami terpaksa mengandaikan bahawa beliau terlalu bimbang.

“Kita memerlukan seseorang seperti beliau pada saat-saat sukar sebegini,” katanya yang juga sekutu rapat kepada Canselor, Angela Merkel.

Schaefer yang popular dan dihormati ramai, telah sekian lama disebut-sebut sebagai mungkin menjadi pengganti kepada Bouffier.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here