Covid-19: FAMA buka pasar segar

0
185

PUTRAJAYA- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka pusat jualan barangan segar terkawal di 77 lokasi di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata inisiatif itu bagi mengurangkan kesesakan di pasar basah sedia ada di dalam negara.

“Sekarang kita berdepan kesukaran untuk kawal kesesakan di pasar basah pada waktu pagi kerana (rakyat) kurang pilihan di tempat lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi kerajaan bersetuju supaya FAMA membuka pusat jualan barangan segar terkawal di 77 lokasi di setiap negeri dan pusat jualan ini hanya menjual barangan basah semata-mata, tiada penjualan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, antara pusat jualan yang akan dibuka adalah pasar tani terpilih, pasar tani kekal, pusat operasi FAMA, MyFARM Outlet serta Kompleks Peladang kawasan.

“Walaupun FAMA akan membuka pusat jualan ini, pasar basah dan pasar borong sedia ada tetap beroperasi seperti biasa iaitu bermula pukul6 pagi sehingga 12 tengah hari,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here