Covid-19 : Gelandangan tidak dilupakan pihak berkuasa

0
142

KUALA LUMPUR – Sebanyak 183 orang gelandangan ‘diselamatkan’ pihak berkuasa tempatan dalam operasi penempatan semula dan penyaringan kesihatan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam tadi.

DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, usaha mengesan golongan itu dilakukan di sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Kolej Segi, Kotaraya, Bangkok Bank dan Masjid Negara.

“Operasi ini dilaksanakan bersama 72 orang anggota agensi-agensi sahabat DBKL pada 26 Mac 2020 ( Khamis ) dari jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi.

“Agensi- agensi sahabat yang turut terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Persatuan Bulan Sabit Merah dan Alam Flora.

Menurut kenyataan itu, mereka yang diselamatkan telah menjalani proses saringan dan pemilihan penempatan gelandangan yang dikelolakan oleh JKM dan YKN.

“Seramai 168 gelandangan warga negara terdiri daripada 151 lelaki dan 17 perempuan

Manakala bagi gelandangan bukan warganegara pula adalah sebanyak 15 orang terdiri daripada 11 lelaki dan 4 perempuan,” katanya.

Kesemua gelandangan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang dan di Anjung Singgah untuk pemantauan lanjut. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here