Covid-19: Ibu pejabat MCMC ditutup sementara

0
85

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Ibu pejabat dan bangunan lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini ditutup dua hari bermula hari ini.

MCMC melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula semalam hingga Ahad ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan penutupan dan penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak Covid-19 dan ia mencerminkan keprihatinan MCMC terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas melalui saluran-saluran seperti di bawah:

a. Permohonan penguntukan radas:
i. Permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/; atau

ii. Bagi pemohon baharu, salinan pendua borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected]

b. Pembayaran penguntukan radas boleh dibuat melalui portal pembayaran https://epayment.skmm.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan penguntukan radas atau permohonan lesen boleh dikemukakan kepada:

i. Penguntukan radas: : [email protected]

ii. Pelesenan: [email protected]

Sementara itu, suruhanjaya itu juga menjelaskan, operasi MCMC lain berjalan seperti biasa dengan kakitangannya bekerja dari rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here