Covid-19 : Ini sudah tentu satu ‘wake-up call’

0
62
Mohd. Fadzil Hashim

RAUDHAH CITY – Perkembangan sektor ekonomi yang dijangka terus terjejas akibat penularan wabak Covid-19 adalah ‘wake up call’ kepada seluruh umat manusia.

Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai tanda kemurkaan Allah SWT semata-mata bahkan umat Islam khususnya wajar mengambil peluang untuk bermuhasabah dan merancang semula kehidupan mereka.

Pengasas Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch dan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, jika melihat daripada perspektif kerohanian semua sudah tahu bahawa apa yang berlaku sekarang adalah tanda-tanda kiamat yang dijanjikan Allah.

Namun beliau mahu menarik perhatian umat Islam di negara ini supaya melihat sesi positif daripada musibah yang berlaku itu daripada perspektif ekonomi.

“Kalau nak katakan ‘kad merah’ itu sudah tentu kiamat. Tapi Covid-19 ini kita lihat seperti ‘kad kuning’ untuk terus bertindak dan jangan sampai kita terlambat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam bual biacara bersama Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dan PU Taha Mohd Omar yang disiarkan secara langsung dalam akaun rasmi Facebook Malakat Mall hari ini.

Mohd. Fadzil Hashim (kiri) bersama Ustaz Firdaus Wong Wai Hong dan PU Taha Mohd. Omar dalam sesi Live di Malakat Mall petang ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, bayangan kemelesetan ekonomi itu boleh dilihat dengan jelas melalui pelbagai tawaran kelonggaran bayaran oleh kerajaan dan Bank Negara.

Katanya, Covid-19 akan memberi implikasi sangat besar dan umat Islam perlu menggunakan peluang ini untuk merancang semula ekonomi secara sistematik.

“Ini sudah tentu ‘wake up call’ kepada semua khususnya para usahawan untuk kita bertindak, muhasabah dan merancang apakah bentuk tindakan selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya yang menjangkakan keadaan ekonomi memerlukan tempoh sehingga lebih dua tahun untuk pulih.

Justeru, beliau menyeru orang ramai bersama-sama bangkit untuk menyumbang dalam pembinaan ekosistem ekonomi Islam baharu melalui pembukaan Malakat Mall.

“Inilah masanya untuk kita membina semula ekonomi yang lebih baik untuk masyarakat, melalui Malakat Mall.

“Alhamdulillah kami telah membina tapak ini untuk penglibatan usahawan Muslim,” katanya.

Tambahnya, selain memberi sokongan dengan berbelanja di Pasar Raya Raudhah Grocer dalam Malakat Mall, umat Islam juga digalakkan menjadi ahli dan membeli syer Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Melalui ekosistem ekonomi Islam yang baru diwujudkan ini, kita memberi peluang kepada usahawan kita terlibat dalam pembekalan makanan.

“Di Raudhah Grocer sekarang kita ada lebih daripada 3,000 produk yang mana 80 peratus milik pembekal Islam. Marilah bersama-sama kami membangunkan ekonomi Islam,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here