Covid-19: Institut latihan akan dijadikan pusat kuarantin 

0
105

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan tidak menolak untuk  menggunakan institut latihan sebagai ‘wad kuarantin’ jika kes baharu direkod terus meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya bersiap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan penyebaran Covid-19 lebih teruk dengan penyediaan lebih banyak lokasi untuk dijadikan pusat kuarantin.

“Apa yang penting kita sudah siap sedia jika keadaan lebih teruk. (Jadikan) institut latihan sebagai ‘wad’ (untuk kuarantin individu positif Covid-19),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, petugas kesihatan juga akan  ditugaskan di pusat kuarantin bagi memantau keadaan individu yang dikuarantin.

Dalam masa sama, beliau berkata, sebanyak 33 hospital termasuk 26 hospital kerajaan menjadi lokasi bagi rawatan dan kuarantin Covid-19.

Ditanya mengenai penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh, Noor Hisham berkata, mereka kini akan diutamakan untuk menjalani saringan kesihatan dan pengambilan sampel bagi menentukan mereka bebas atau positif virus.

Beliau turut mengakui berlaku salah faham dalam proses saringan sebelum ini dan keutamaan perlu diberi memandangkan 60 peratus kes positif Covid-19 datang daripada kumpulan berkenaan.

“Kita sudah kesan 13,000 jemaah tabligh dan ujian kita sudah buat ke atas 8,000 lebih (jemaah). Hasil ujian, 986 jemaah positif.

“Jemaah tabligh yang ada gejala datang ke depan. Yang tiada juga datang ke klinik kesihatan. Kita akan jalankan saringan dan jika perlu, ujian sampel dibuat.

“Jemaah tabligh berisiko lebih tinggi. Kita letakkan keutamaan ketika ini,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here