Covid-19: Itali laksanakan arahan sekat pergerakan

0
93

CYBERJAYA – Rutin harian 16 juta rakyat Itali dijangka akan terjejas apabila kerajaan negara tersebut akan melaksanakan arahan keras menyekat sebarang pergerakan keluar dan masuk dari wilayah yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Menurut laporan Reuters, wilayah yang terjejas adalah di kawasan utara negara tersebut termasuk wilayah Lombardy.

Arahan tersebut dikeluarkan setelah angka individu yang dijangkiti Covid-19 naik melebihi 1,200 orang dalam tempoh 24 jam.

Selaian sebarang pergerakan keluar dan masuk, arahan tersebut turut melibatkan penutupan semua sekolah sehingga 3 April, penutupan semua kawasan tumpuan awam seperti muzium, gimnasium dan kolam awam, da pembatalan tempoh cuti bagi semua petugas kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here