Covid-19: Itali rekod 10,779 kematian, 97,689 kes jangkitan

0
98


Tentera Russia disembur dengan cecair nyah kuman selepas keluar daripada Pusat Penjagaan Honegger di Albino, Itali apabila 35 pesakit Covid-19 di rawat di situ mati. – Foto AFP

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 

ROM – Wabak Covid-19 di Itali kini meragut 10,779 nyawa dengan jumlah kumulatif kes mencecah 97,689, menurut data dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam pada Ahad.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, sejumlah 756 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu

Jumlah pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi pula seramai 3,906 orang.

Tempoh perintah berkurung di Itali yang bermula pada 11 Mac lalu akan berakhir 3 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here