Covid-19: Jangan balik kampung, kekal di mana anda berada – pakar

0
101
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Jangan balik kampung, kekal di kawasan masing-masing.”

Itu pesan ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor Prof Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.

“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Dr. Adeeba memberi respon kepada kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan Covid-19.

Dr. Adeeba Kamarulzaman

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan perintah kawalan pergerakan bermula Rabu ini hingga 31 Mac di seluruh negara berikutan penularan jangkitan wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here