Covid-19: Jangan buat pembelian panik Muhyiddin

0
112

PUTRAJAYA- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan melakukan pembelian panik ekoran penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan semua barang makanan mencukupi sepanjang masa di pasaran.

“Beli apa yang perlu saja, jangan beli yang tidak diperlukan…kita akan pastikan barang makanan sentiasa ada di sepanjang masa.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memastikan bekalan barangan sentiasa mencukupi.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pula akan bertanggungjawab memantau rantaian di peringkat bawah.

“Setakat ini, tiada petunjuk bahawa Malaysia berdepan kekurangan bekalan makanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here