Covid-19: Jangan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

0
233

APA Khabar Orang Kita…Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Ketika musim penularan wabak Covid-19, ikutilah segala saranan dan langkah yang diumumkan kerajaan kerana itu yang terbaik.

Tetapi, jika dilihat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan ramai nampaknya yang pentingkan diri sendiri dan tidak peka.

Kenapa ramai sangat manusia-manusia yang pentingkan diri di Malaysia, susah sangat ke ikut peraturan?

Itu persoalan yang timbul apabila masih ada individu-individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Adakah mereka sedar tentang bahaya wabak Covid-19 yang melanda ketika ini atau hanya menganggap perkara itu remeh.

Hari ini, merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan namun, ramai yang ingkar.

Perkara ini terbukti apabila masih ramai yang melepak makan dan minum di gerai dan kedai makan, ia hanya mengundang masalah.

Benar, jika masih belum dijangkiti dan disahkan positif Covid-19 anda masih mampu tersenyum namun, bayangkan apabila anda terjebak.

Pastinya seribu satu punca anda akan fikir, bagaimana dan kenapa anda dijangkiti. Sebenarnya jawapan di tangan anda.

Jadi, ikuti dan patuhilah segala saranan yang ditetapkan oleh kerajaan kerana langkah diambil mungkin yang terbaik untuk semua.

Semua pihak perlu bersatu bagi mengelak negara kita menjadi seteruk China, Itali, Iran dan Sepanyol dalam penularan Covid-19.

Seperkara lagi, janganlah ambil kesempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk pulang ke kampung.

Pada Isnin lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas Covid-19.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here