Covid-19: Jepun larang kemasukan pengunjung AS, China, Eropah

0
84
Jepun melarang kemasukkan pelancong dari AS, China dan Eropah. – Foto internet.

TOKYO – Jepun akan meningkatkan usaha bagi menghentikan penularan wabak Covid-19, bermula dengan melarang kemasukan pengunjung dari Amerika Syarikat (AS), China, Korea Selatan dan sebahagian besar negara Eropah.

Memetik laporan agensi Reuters melaporkan  akhbar Asahi hari ini, semua pengunjung yang pernah berada di mana-mana negara dimaksudkan sejak dua minggu lalu akan dilarang daripada memasuki Jepun.

Laporan itu menyebut lagi, Tokyo berkemungkinan akan menguatkuasakan larangan perjalanan ke atau dari beberapa negara ASEAN dan Afrika.

Ketika ini, larang berkenaan hanya terpakai ke atas penduduk dari bahagian tertentu Korea Selatan, China dan negara Eropah, dengan kewajipan untuk kuarantin diri selama dua minggu, membabitkan pengunjung dari AS, China dan Korea Selatan.

Beberapa pegawai kerajaan bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk keterangan lanjut.

Walaupun peraturan terbabit tidak memberi kesan ke atas penduduk tempatan, peningkatan kes di negara itu menimbulkan kebimbangan bahawa Perdana Menteri, Shinzo Abe mungkin menimbangkan kemungkinan untuk mengisytiharkan darurat, satu tindakan yang boleh membawa kepada pelaksanaan perintah berkurung di Tokyo.

“Kita berada dalam peringkat kritikal untuk pengisytiharan darurat,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, pada sidang media hari ini.

Sebarang perintah berkurung di Jepun adalah berbeza dari tindakan mandatori yang dikenakan di beberapa bahagian Eropah atau AS.

Menurut peruntukan undang-undang Jepun, pihak berkuasa hanya dibenarkan mengeluarkan permohonan bagi meminta rakyat berada di dalam kediaman masing-masing, tanpa terikat kepada undang-undang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here