Covid-19: Jumlah kematian di Itali atasi China

0
102

CYBERJAYA – Angka kematian akibat Covid-19 di Itali kini melebihi China, apabila 427 pesakit lagi maut semalam, menjadikan angka keseluruhan kepada 3,405 orang.

Menurut portal The Guardian, Rabu lalu, jumlah kematian di Itali mencecah 475 orang, angka paling tinggi bagi mana-mana negara dalam satu hari sejak wabak ini bermula.

Sementara itu, jumlah kes dikesan positif meningkat 5,322 kes kepada 41,035 keseluruhan.

Menurut Agensi Perlindungan Awam, pertambahan sebanyak 14.9 peratus kes ini adalah yang terpantas dalam tempoh tiga hari.

Untuk rekod, angka kematian di China akibat wabak ini adalah 3,245 orang sejak wabak ini mula dikesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here