Covid-19: Kakitangan UDA diarah kerja dari rumah

0
77

CYBERJAYA – Semua kakitangan syarikat UDA Holdings Berhad (UDA) di ibu pejabat di Kuala Lumpur diarahkan bekerja dari rumah bermula hari ini bagi membendung kes Covid-19 di lokasi tersebut.

Menurut UDA dalam satu kenyataan, pada masa sama, pihaknya turut menghadkan aliran keluar masuk orang luar ke ibu pejabat sebagai langkah berwaspada.

“UDA sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak ini khususnya di ibu pejabat UDA.

Dalam mempertingkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan, UDA telah menghadkan aliran keluar masuk orang luar ke ibu pejabat.

“Selain itu, UDA turut menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu di lobi ibu pejabat.

Pelawat dan kakitangan turut disediakan dengan penutup muka dan hidung dan pembasmi kuman tangan sebagai langkah berjaga-berjaga.

Antara inisiatif lain yang turut diambil oleh UDA bagi menjaga kebajikan kakitangan dan membendung kes ini, semua kakitangan UDA di Ibu Pejabat bekerja dari rumah bermula hari ini sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Semalam, UDA mengesahkan salah seorang ahli lembaga pengarahnya disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, sebagai mengambil langkah proaktif pihaknya juga melakukan pembersihan di ibu pejabat UDA di Blok Menara, Kompleks Pertama semalam di mana semua kakitangan telah dibenarkan untuk pulang awal bagi memudahkan urusan pembersihan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here